29 Ogos 2025 (Jumaat) – Faculty of Management UTM telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan bertempat di Kawasan Parkir Fakulti Pengurusan bermula jam 8.00 pagi. Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan warga fakulti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni. Antara pengisian utama program ialah:
- Deklamasi sajak kemerdekaan oleh Pn. Fadillah Abdul Hamid
- Persembahan nyanyian lagu-lagu kemerdekaan
- Penghayatan makna kemerdekaan oleh Pelajar Chong Xiang Fatt dan En. Khairulnisan
- Konvoi kenderaan mengelilingi beberapa lokasi strategik di kawasan UTM sebagai simbolik kebersamaan dan kecintaan kepada negara
Sambutan ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuh semangat kebangsaan, malah turut memupuk nilai perpaduan dan kesepaduan warga Fakulti Pengurusan sebagai sebahagian daripada komuniti besar UTM.
Semoga acara ini dapat menyemarakkan lagi rasa syukur dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia dalam menghayati erti KEMERDEKAAN yang sebenar.
Terima kasih kepada Bahagian Keselamatan UTM yang turut bersama berkawal dan mengiringi konvoi kenderaan Fakulti Pengurusan sepanjang program ini berlangsung.
#UTM #fakultipengurusan #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni #Merdeka2025 #BanggaJadiAnakMalaysia