๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐จ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
9 September 2026 โ Fakulti Pengurusan (FM)/Faculty of Management, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Majlis Anugerah Gemilang Fakulti Pengurusan (MAGFM) bertempat di Dewan Konvensyen, Fakulti Pengurusan, dengan mengangkat tema โColour Blockโ yang menyerikan lagi suasana majlis.
MAGFM merupakan acara tahunan Fakulti Pengurusan yang dianjurkan sebagai platform untuk mengiktiraf, menghargai dan meraikan staf fakulti yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta memberikan sumbangan bermakna sepanjang tahun penilaian.
Penganjuran majlis ini turut menjadi salah satu usaha fakulti dalam menghargai dedikasi dan komitmen warga FM, di samping menyemarakkan semangat serta meningkatkan motivasi staf untuk terus memberikan prestasi terbaik dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti serta kecemerlangan.
Bagi tahun penilaian 2025, sebanyak 64 anugerah telah disampaikan merangkumi tiga bidang utama iaitu:
Anugerah Pengajaran & Pembelajaran
18 anugerah
Anugerah Penyelidikan & Penerbitan
31 anugerah
Anugerah Pentadbiran
15 anugerah

Buat pertama kalinya, FM memperkenalkan Anugerah UTM ASCEND 2030 sebagai penghargaan terhadap pencapaian dan sumbangan warga fakulti dalam mendukung aspirasi serta agenda strategik UTM.
Majlis turut menjadi lebih istimewa dengan persembahan terakhir daripada Jabatan Sistem Maklumat (IS) sebelum jabatan tersebut secara rasminya berpindah ke Fakulti Komputeran berkuatkuasa 1 September 2026.
Dalam suasana penuh penghargaan dan kenangan, majlis turut disusuli dengan Majlis Perpisahan Jabatan Sistem Maklumat, sebagai tanda penghormatan dan apresiasi atas segala khidmat bakti, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bersama Fakulti Pengurusan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah pada Majlis Anugerah Gemilang Fakulti Pengurusan 2026 (MAGFM 2026)
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh budaya prestasi tinggi serta menyumbang kepada kecemerlangan Fakulti Pengurusan dan UTM secara keseluruhannya.
โKecemerlangan diraikan, sumbangan dihargai, prestasi terus diperkasa.โ
#MajlisAnugerahGemilang
#MAGFM2026
#FakultiPengurusan
#UTM
#ColourBlock
#KecemerlanganFM
#UTMAscend2030
#keranatuhanuntukmanusia