πππππ°π πππππ°πππππ πππππππ ππ°ππππ ππππππππ (π°π) β π
ππππππ° ππππππππππ
9 September 2026 menjadi satu tarikh yang penuh bermakna dan sarat dengan emosi buat seluruh warga Fakulti Pengurusan (FM) apabila meraikan perpisahan bersama staf Jabatan Sistem Maklumat (IS).
Setelah lebih lapan tahun bersama Fakulti Pengurusan, Jabatan Sistem Maklumat secara rasminya berpindah ke Fakulti Komputeran (FC) berkuat kuasa 1 September 2026. Majlis perpisahan ini telah diadakan bersekali dengan Majlis Anugerah Gemilang Fakulti Pengurusan yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Fakulti Pengurusan, UTM.
Dalam ucapannya, Dekan Fakulti Pengurusan, Prof. Dr. Ahmad Jusoh, menzahirkan rasa hiba atas perpindahan Jabatan IS. Suasana menjadi begitu menyentuh apabila beliau tidak dapat menyembunyikan air mata ketika menyampaikan ucapan.
Perpindahan ini sememangnya satu kehilangan besar buat Fakulti Pengurusan. Namun begitu, FM percaya bahawa setiap langkah baharu membuka ruang kepada lebih banyak peluang, kejayaan dan kecemerlangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
β’ Prof. Madya Dr. Suraya Miskon
β’ Prof. Madya Dr. Ab Razak Che Hussin
β’ Prof. Madya Dr. Syed Norris Hikmi Syed Abdullah
β’ Prof. Madya Dr. Mahadi Bahari
β’ Prof. Madya Dr. Norasnita Ahmad
β’ Prof. Madya Dr. Othman Ibrahim
β’ Dr. Halina Mohamed Dahlan
β’ Dr. Mohamad Haider Abu Yazid
β’ Dr. Nabil Hasan Salleh Al-Kumaim
β’ Dr. Nazmona Mat Ali
β’ Dr. Rasha Najib Ahmed Abdullah
β’ Dr. Siti Aisyah Salim
β’ Dr. Azra Ayue Abdul Rahman

Terima kasih atas segala khidmat bakti, komitmen, idea, tenaga, kerjasama dan persahabatan yang telah dicurahkan sepanjang bersama Fakulti Pengurusan.
Walaupun selepas ini kita tidak lagi berada di bawah bumbung fakulti yang sama, ukhuwah, kenangan dan ikatan persahabatan yang terjalin sepanjang lebih lapan tahun tidak akan terpadam begitu sahaja. Jabatan Sistem Maklumat akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah dan keluarga besar Fakulti Pengurusan, UTM.
Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan, majlis turut diserikan dengan pertukaran cenderamata antara Fakulti Pengurusan dan Jabatan Sistem Maklumat simbolik kepada hubungan erat yang telah terjalin. Selamat melangkah ke lembaran baharu, Jabatan Sistem Maklumat.
Semoga terus melakar kejayaan, mencapai kecemerlangan dan membawa nama UTM dengan penuh kebanggaan.
βBerpisah bukan bererti terputus, berjauhan bukan bererti dilupakan.β
Terima kasih untuk segala kenangan.
Sekali keluarga FM, selamanya keluarga FM.
#FakultiPengurusan #UTM #JabatanSistemMaklumat #MajlisPerpisahan #AnugerahGemilang #KeluargaFM #KenanganBersama