Fakulti Pengurusan telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada 16 Mac 2026 (Isnin) bersamaan 26 Ramadan 1447H bertempat di Dewan Konvensyen, Fakulti Pengurusan.
Majlis yang berlangsung ini dihadiri oleh warga Fakulti Pengurusan sebagai sebahagian daripada pengisian rohani sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Program Khatam AL Quran di bimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Yusoff Mohd Rawi dan majlis turut diserikan dengan ucapan oleh Dekan Fakulti Pengurusan, Prof. Dr. Ahmad bin Jusoh, diikuti dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Mohd Yusoff bin Mohd Rawi
Besar harapan agar majlis seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga fakulti serta menyemarakkan penghayatan terhadap Al-Quran khususnya sepanjang bulan Ramadan.
Semoga amalan yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
