Audit Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2025 (AKKP 2025)
29 April 2026 | 9.00 pagi | T08, Fakulti Pengurusan
Faculty of Management UTM telah menerima kunjungan panel audit bagi pelaksanaan Audit Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2025 (AKKP 2025) pada 29 April 2026 bertempat di Blok T08. Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memastikan pematuhan kepada standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang tinggi serta memupuk budaya kerja yang selamat dalam kalangan warga fakulti.
Audit ini telah diketuai oleh Prof Madya Sr Dr Mohd Saidin selaku Ketua Panel, bersama barisan panel audit yang terdiri daripada Pn. Siti Fawziah Bt Mohd Noor, En. Mohamed A’tif B Mohamed Roznan, Pn. Rahimah Bt Abdullah, Pn. Noor Amalina Bt Abu Bakar serta Pn. Mazlyna Bt Rosly.
Fakulti Pengurusan pula diketuai oleh Dekan, Prof Dr Ahmad bin Jusoh, bersama En. Khairulnisan Azmil selaku Setiausaha OSHE, En. Syazli serta wakil majikan dan wakil pekerja OSHE. Kehadiran barisan pengurusan ini mencerminkan komitmen fakulti dalam memperkukuhkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat organisasi.
Sepanjang sesi audit, panel telah menilai pelbagai aspek berkaitan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuk dokumentasi, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), pengurusan risiko serta tahap kesedaran warga fakulti terhadap amalan keselamatan di tempat kerja.
Diharapkan melalui audit ini, Fakulti Pengurusan dapat terus mempertingkatkan amalan terbaik dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan pada masa akan datang.
#OSHE
 
UTM Open Day
Share via
Copy link
Powered by Social Snap