Pelajar yang menerima bantuan tersebut ialah Standly anak Juna, pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian dan Evon Chai Jia Xuan, pelajar Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian. Penyampaian laptop telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pengurusan, ๐๐ซ๐จ๐. ๐๐ซ. ๐๐ก๐ฆ๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐จ๐ก sebagai sokongan fakulti terhadap kebajikan dan keperluan akademik pelajar.
Inisiatif Bantuan Laptop Siswa Johor merupakan usaha Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi membantu pelajar daripada golongan B40, khususnya dalam kalangan pelajar Tahun 1 Diploma atau Ijazah sepenuh masa. Bantuan ini bertujuan memastikan pelajar memiliki akses kepada peranti pembelajaran yang diperlukan dalam mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.
Program ini mensasarkan pelajar anak Johor, sama ada dilahirkan di negeri tersebut atau telah menetap sekurang-kurangnya lima tahun, serta sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Terima kasih kepada ๐๐ ๐๐ณ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข๐ง, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor atas inisiatif ini.
Fakulti Pengurusan berharap agar bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima dalam meningkatkan prestasi akademik serta menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka pada masa hadapan.
#AznanTamin
#PrihatinPelajar