Sejak Februari lalu, warga Fakulti Pengurusan telah bersama-sama memeriahkan Siri Sukan FM 2026 dengan pelbagai acara yang menyeronokkan.
Siri ini bermula dengan pertandingan karom dan Cawan Minda pada bulan Februari, diikuti permainan ceper dan catur pada bulan Mac. Pada bulan Mei, warga FM berentap dalam pertandingan badminton. Kemeriahan diteruskan pada bulan Ogos dengan acara pétanque, woodball dan ping pong.
Acara yang paling dinanti-nantikan, Sukan Ria FM, berlangsung pada 26 Ogos 2026 bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan. Semua peserta dibahagikan kepada empat rumah sukan iaitu Kuning, Merah, Biru dan Hijau.
Suasana sepanjang acara cukup meriah dengan sorakan, gelak tawa dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap rumah. Lebih daripada sekadar pertandingan, program ini menjadi ruang untuk warga FM beriadah, mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan bersama.
Tahniah kepada Rumah Kuning 🟡 yang berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan! Syabas juga kepada Rumah Merah, Biru dan Hijau atas semangat kesukanan yang hebat.
Terima kasih kepada semua peserta, urus setia dan warga FM yang telah menjayakan Siri Sukan FM 2026. Anda semua memang terbaik! 👏
Program ini turut menyokong SDG 3, Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, melalui pembudayaan gaya hidup aktif dan sihat. Ia juga selari dengan SDG 17, Perkongsian untuk Mencapai Matlamat, melalui kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan warga FM.
Jumpa lagi dalam Siri Sukan FM yang akan datang!
UTM Open Day
Share via
Copy link
Powered by Social Snap