Faculty of Management UTM dengan rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nurfariha Abdul Razak, alumni FM, UTM yang telah mewakili Malaysia dalam acara Bola Jaring di Sukan SEA 2025 Bangkok dan membantu skuad negara mengekalkan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut.
Nurfariha merupakan graduan Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi), Fakulti Pengurusan, UTM tahun 2019. Semasa Majlis Konvokesyen UTM 2019, beliau dianugerahkan Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Haji Hashim, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan potensi kepimpinan yang dimilikinya.
Pencapaian cemerlang ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di persada serantau, malah turut mencerminkan komitmen UTM dalam melahirkan graduan seimbang yang cemerlang dalam akademik, kepimpinan dan sukan berprestasi tinggi. Kejayaan Nurfariha menjadi inspirasi kepada warga kampus dan generasi pelajar UTM untuk terus mengejar kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tahniah Nurfariha! Teruskan melakar kejayaan dan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat dan integriti.
UTMAlumni
#AlumniUTM
#facultyofmanagement
UTM Open Day
Share via
Copy link
Powered by Social Snap