Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Pengurusan pada 16 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Konvensyen, Fakulti Pengurusan.
Dalam amanat tersebut, Dekan Fakulti Pengurusan telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga fakulti atas komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan yang telah menyumbang kepada pelbagai pencapaian cemerlang Fakulti Pengurusan sepanjang tahun 2025. Antara yang diketengahkan ialah kejayaan dalam aspek akademik, penyelidikan, kebolehpasaran graduan, penglibatan industri, pengantarabangsaan serta pengurusan dan tadbir urus fakulti yang semakin mampan dan berdaya saing.
Majlis ini turut menjadi platform penting untuk perkongsian hala tuju strategik UTM Ascend 2030, yang menekankan keperluan transformasi berterusan dalam ekosistem universiti merangkumi kecemerlangan akademik, inovasi berimpak, kepimpinan berintegriti serta kelestarian institusi. Warga Fakulti Pengurusan diseru agar terus menyelaraskan perancangan dan pelaksanaan inisiatif fakulti dengan aspirasi UTM Ascend 2030 bagi memastikan Fakulti Pengurusan kekal relevan, progresif dan berdaya saing di peringkat nasional serta global.
Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 ini bukan sahaja menjadi medan refleksi pencapaian lalu, malah berfungsi sebagai pemangkin semangat dan kesepaduan warga fakulti untuk melangkah ke hadapan dengan lebih fokus, strategik dan berimpak dalam merealisasikan agenda pembangunan Fakulti Pengurusan dan Universiti Teknologi Malaysia secara keseluruhan.
#UTMAscend2030

Faculty of Management UTM, held the New Year Address 2026 delivered by the Dean of the Faculty of Management on 16 January 2026 (Friday) at the Faculty of Management Convention Hall.
In his address, the Dean expressed his sincere appreciation to all faculty members and staff for their strong commitment, dedication, and teamwork, which contributed significantly to the Faculty of Managementโs notable achievements throughout 2025. Among the key highlights were accomplishments in academic excellence, research and innovation, graduate employability, industry engagement, internationalisation, as well as strengthened governance and sustainable faculty management.
The session also served as an important platform to outline and reinforce the UTM Ascend 2030 strategic direction, which emphasises continuous transformation within the university ecosystem. The agenda focuses on academic excellence, impactful innovation, integrity-driven leadership, and institutional sustainability. Faculty members were encouraged to align faculty initiatives and strategic planning with the aspirations of UTM Ascend 2030 to ensure that the Faculty of Management remains relevant, progressive, and competitive at both national and global levels.
The New Year Address 2026 not only provided an opportunity to reflect on past achievements, but also acted as a catalyst to strengthen unity and shared purpose among faculty members as they move forward with greater focus, strategic clarity, and impact in advancing the Faculty of Management and Universiti Teknologi Malaysia.