7 August 2025- Faculty of Management UTM, was honoured to welcome the UTM Registrar, Dato’ Dr Mohd Shahril Abdullah on a visit aimed at evaluating the accessibility and disabled-friendly facilities across the faculty.
The Registrar was warmly received by the Dean, Prof. Dr. Ahmad Jusoh, along with the faculty’s facilities team. The visit involved a comprehensive assessment through direct observation, feedback collection, and documentation of both the strengths and areas for improvement in the current infrastructure.
Key aspects evaluated included:
– Wheelchair accessibility and ramps
– Disabled-friendly toilets
– Elevators with Braille buttons and adequate space
– Directional signage and visual aids
– Layout of service counters and public waiting areas
Several recommendations for improvements were submitted to the university management for further action and consideration.
This initiative reflects UTM’s strong commitment to fostering an inclusive, safe and accessible learning and working environment ensuring no one is left behind, especially within the disabled community.
—————————–

7 Ogos 2025 -Lawatan Pendaftar UTM, YBhg. Dato’ Dr Mohd Sharil Abdullah ke Faculty of Management UTM di adakan sebagai usaha untuk menilai secara komprehensif tahap aksesibiliti dan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di Fakulti Pengurusan UTM Johor Bahru. Beliau di sambut oleh Dekan Fakulti Pengurusan, Prof. Dr Ahmad Jusoh yang turut sama mengiringi Pendaftar bagi menilai kemudahan OKU di Fakulti. Lawatan ini turut melibatkan pengumpulan maklum balas, pemerhatian secara langsung serta dokumentasi kekuatan dan kekangan kemudahan sedia ada di lokasi terlibat. Antara aspek yang dinilai termasuklah :-

  • Akses laluan dan ramp kerusi roda
  • Tandas OKU
  • Lif dengan ciri mesra OKU (butang Braille, ruang mencukupi)
  • Papan tanda arah dan kemudahan visual
  • Susun atur kaunter dan ruang menunggu awam. Beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan kepada pihak pengurusan universiti bagi tindakan susulan. Lawatan ini menjadi bukti komitmen berterusan UTM dalam menyokong agenda keterangkuman, seterusnya menjayakan misi universiti untuk menyediakan persekitaran pembelajaran dan pekerjaan yang adil, selamat dan boleh diakses oleh semua golongan, termasuk komuniti OKU.
 
 
 
Share via
Copy link
Powered by Social Snap